Abang travel
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan

Abang Travel Blog's

Picture
Picture
Picture

TIGER CAVE TEMPLE KRABI

3/28/2024

0 Comments

 
​Tiger Cave Temple Krabi adalah salah satu tempat yang wajib anda lawati jika anda suka aktiviti yang extreme atau mencabar. Bagi kaki hiking, anda boleh cuba untuk naik ke puncak Tiger Cave ini. Tiger Cave atau nama lainnya ialah Wat Tham Suea adalah salah satu tempat buddhist temple dan terdapat tapak kaki harimau di cave ini sambil dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Tiger Cave ini mempunyai 1260 anak tangga yang vertical yang menjadikannya sangat mencabar untuk naik ke atas.
Sila bawa air mineral dan pakai pakaian yang sesuai untuk mendaki ke puncak tiger cave ini. Anda perlu siapkan mental dan fizikal yang kuat untuk sampai diatas sana, jika ada masalah kesihatan dinasihatkan untuk tidak naik ke atas. Tiket masuk kesini adalah free dan anda digalakkan untuk membuat donation ke atas temple ini. 
Setelah sampai diatas puncak Tiger Cave, anda akan jumpa papan tanda ini. Tahniah !!! Anda  sudah melepasi 309 meter dari bawah dan sebanyak 1260 anak tangga. 
Terdapat satu buddha statue yang besar di atas puncak ini. Anda juga boleh menikmati pemandangan Krabi Town dari atas Tiger Cave ini. Setelah selesai rehat dan minum air, anda boleh mulakan perjalanan untuk turun tangga ke bawah. Perjalanan ini mengambil masa 25 minit atau lebih, ini kerana anak tangga disini sedikit curam. Jumlah keseluruhan masa untuk anda berada di temple ini adalah selama 2 jam atau lebih. 

​Bagaimana nak pergi ke Tiger Cave Temple?


Jika anda dari Ao Nang, anda boleh sewa motor (200-250 baht/day) untuk ke sini. Perjalanan mengambil masa 30 minit (20 km) untuk kesana dengan menaiki motosikal. Anda juga boleh mengambil pakej emerald pool tour , blue pool, hot spring tour krabi dan tiger cave temple dalam masa satu hari. Pengalaman yang sangat bagus untuk anda yang cintakan alam semulajadi atau sukakan aktiviti yang extreme. Jika anda nak Abang Travel aturkan perjalanan anda di krabi, boleh tekan link ini :  https://www.abangtravel.com/krabi-from-airport.html. 

CHAT ADMIN DISINI
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Nama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015

    Archives

    May 2024
    April 2024
    March 2024
    May 2023
    July 2022
    June 2022

    Categories

    All

    RSS Feed

Picture
Picture
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan