Abang travel
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan

Abang Travel Blog's

Picture
Picture
Picture

CARA-CARA NAK KE HATYAI DARI PULAU PINANG

5/10/2023

1 Comment

 
Mesti ada di antara anda yang nak ke Hatyai dari Penang, tapi masih tertanya-tanya apa cara 
yang terbaik untuk ke sana. Ada empat cara untuk ke Hatyai, dari Pulau Pinang iaitu : 

1) BY BUS

Untuk ke Hatyai dari Pulau Pinang, anda boleh membeli tiket bas ke Hatyai 
terus dari penang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk
sampai ke Hatyai. 

​
Picture
Station Bas Butterworth Pulau Penang
Atau anda boleh membeli tiket bas online di link dibawah : 
TIKET BAS ONLINE TEKAN SINI
PictureSTATION KTM BUTTERWORTH

​

2) BY TRAIN


Bagi yang nak menikmati suasana menaiki train, anda boleh naik train ktm dari
butterworth ke padang besar yang mengambil masa 1jam 50 minit. Setelah tiba di 
train station Padang Besar, anda boleh membeli tiket train ke Hatyai.Jadual tiket
train ke Hatyai dari padang besar adalah seperti dibawah:
​
PADANG BESAR
08.55 (09.55 MALAYSIAN TIME)
15.40 (16.40 MALAYSIAN TIME)
​17.00 (18.00 MALAYSIAN TIME)
HATYAI
09.50
​16.35
​17.55
NAK TENGOK WAKTU TRAIN DARI HATYAI TEKAN SINI
BELI TIKET TRAIN ONLINE DISINI
atau anda boleh ke kaunter van transfer di stesen ktm padang besar untuk membeli tiket van
ke Hatyai. Van transfer akan bawak anda ke imigresen Malaysia padang besar dan 
menaiki van ke Hatyai (sharing trip RM35 seorg) dan private van
RM 280 per van untuk transfer ke Hatyai. Kalau anda nak book van transfer dengan
Abang Travel pun boleh, sila tekan link dibawah.
WHATSAPP TEAM ABANG TRAVEL
3) BY CAR

Kalau anda tidak suka bersesak untuk menaiki public transport, anda boleh
drive sendiri kereta ke Hatyai. Boleh masuk melalui border Bukit Kayu Hitam,
sepanjang jalan sebelum sampai Bukit Kayu Hitam, anda akan
dapat melihat banyak kedai insurans Thailand di tepi jalan. Anda boleh book dahulu
dan hanya drive thru ambil sahaja atau boleh walk in ke sana. Pastikan anda 
membeli insurans yang terbaik untuk drive ke Thailand. 
Picture
CTC BUKIT KAYU HITAM salah satu tempat anda boleh beli insurans dan tukar duit thai disini.
4) BY FLIGHT

Anda juga boleh menaiki flight ke Hatyai dari Pulau Pinang, tetapi anda akan transit
dulu di Kuala Lumpur baru la ke Hatyai. Dan ada juga, flight dari  Penang transit dulu
di Bangkok,baru ke Hatyai.
Picture
Kalau anda nak team abang travel rancangkan percutian anda dari Pulau Pinang ke Hatyai dan Tour Hatyai , boleh tekan link dibawah 
WHATSAPP TEAM ABANG TRAVEL
WEBSITE ABANG TRAVEL KLIK SINI
1 Comment

    Author

    Nama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015

    Archives

    May 2024
    April 2024
    March 2024
    May 2023
    July 2022
    June 2022

    Categories

    All

    RSS Feed

Picture
Picture
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan