Mesti ada di antara anda yang nak ke Hatyai dari Penang, tapi masih tertanya-tanya apa cara yang terbaik untuk ke sana. Ada empat cara untuk ke Hatyai, dari Pulau Pinang iaitu : 1) BY BUS Untuk ke Hatyai dari Pulau Pinang, anda boleh membeli tiket bas ke Hatyai terus dari penang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Hatyai. Atau anda boleh membeli tiket bas online di link dibawah : 2) BY TRAIN Bagi yang nak menikmati suasana menaiki train, anda boleh naik train ktm dari butterworth ke padang besar yang mengambil masa 1jam 50 minit. Setelah tiba di train station Padang Besar, anda boleh membeli tiket train ke Hatyai.Jadual tiket train ke Hatyai dari padang besar adalah seperti dibawah:
atau anda boleh ke kaunter van transfer di stesen ktm padang besar untuk membeli tiket van ke Hatyai. Van transfer akan bawak anda ke imigresen Malaysia padang besar dan menaiki van ke Hatyai (sharing trip RM35 seorg) dan private van RM 280 per van untuk transfer ke Hatyai. Kalau anda nak book van transfer dengan Abang Travel pun boleh, sila tekan link dibawah. 3) BY CAR Kalau anda tidak suka bersesak untuk menaiki public transport, anda boleh drive sendiri kereta ke Hatyai. Boleh masuk melalui border Bukit Kayu Hitam, sepanjang jalan sebelum sampai Bukit Kayu Hitam, anda akan dapat melihat banyak kedai insurans Thailand di tepi jalan. Anda boleh book dahulu dan hanya drive thru ambil sahaja atau boleh walk in ke sana. Pastikan anda membeli insurans yang terbaik untuk drive ke Thailand. 4) BY FLIGHT Anda juga boleh menaiki flight ke Hatyai dari Pulau Pinang, tetapi anda akan transit dulu di Kuala Lumpur baru la ke Hatyai. Dan ada juga, flight dari Penang transit dulu di Bangkok,baru ke Hatyai. Kalau anda nak team abang travel rancangkan percutian anda dari Pulau Pinang ke Hatyai dan Tour Hatyai , boleh tekan link dibawah
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorNama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015 Archives
May 2024
Categories |