Bercuti ke Krabi bukan lagi sekadar impian! Dapatkan pengalaman yang menakjubkan dengan pelancongan ke Krabi Emerald Pool Tour yang menawarkan pakej eksklusif untuk anda. Pelancongan Krabi Emerald Pool Tour adalah satu pilihan terbaik untuk melihat keindahan semula jadi Krabi. Dalam pakej ini, anda akan mendapat peluang untuk menikmati Emerald Pool, salah satu destinasi yang paling popular di Krabi. Emerald pool atau dikenali sebagai Sa Morakot adalah kolam air semulajadi turquoise blue yang terjadi hasil daripada aliran air dari atas bukit dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Jarak emerald pool dari Aonang, Krabi adalah dalam 70 kilometer lebih kurang 1 jam 15 minit jika anda menaiki van. Bayaran masuk ke Emerald Pool adalah 400 baht bagi pelancong luar Thailand. Dari pintu hadapan ini anda perlu jalan kaki masuk dalam 1 kilometer untuk sampai ke emerald pool. Jika anda seorang yang pecinta alam semula jadi, pakej ke emerald pool krabi ini amat sesuai untuk anda. Maps of the emerald pool boleh baca dulu sebelum jalan masuk ke dalam. Selain emerald pool,ada juga tempat tarikan lain disini. Peraturan untuk masuk ke emerald pool adalah anda dilarang untuk membawa makanan masuk ke dalam untuk mengekalkan keaslian taman negara disini. Jadi anda digalakkan makan dulu sebelum masuk ke dalam emerald pool. Jalan untuk masuk ke dalam dikelilingi hutan hujan tropika menjadikan laluan untuk masuk ke dalam sejuk sahaja tidak panas. Setelah tiba di Emerald Pool , anda akan terpegun dengan kecantikan airnya yang jernih dan warna biru turquoise. Hati-hati untuk turun ke dalam pool kerana batu-batu disini dipenuhi lumut dan licin. Jika anda tidak pandai berenang, seeloknya tengok dulu kedalaman pool untuk turun mandi. Di atas adalah gambar customer Abang Travel bergambar di emerald pool. Boleh nampak airnya berwarna biru dan jernih. Setelah puas mandi manda di emerald pool,anda boleh jalan kaki dalam 400 meter ke blue pool. Kiri dan kanan ada pokok-pokok hutan hujan tropika. Selain emerald pool , terdapat satu lagi kolam yang menjadi tarikan disini iaitu blue pool. Kolam kecil ini berwarna biru dan dikelilingi oleh hutan . Sebelum sampai ke blue pool, anda akan melepasi satu temple dan hutan di kiri dan kanan jalan. Blue pool atau dikenali sebagai blue lagoon ini terhasil daripada mata air bawah tanah yang panas. Kalau anda tengok dengan lebih dekat, terdapat bubbles kecil yang keluar dari air itu. Bagaimana untuk pergi ke Emerald Pool?? 1) Jika anda datang dari border Malaysia @ Hatyai, drive kereta sendiri atau naik Van Thailand perlu singgah dulu untuk Krabi emerald pool tour sebelum ke Hotel, Krabi. 2) Jika anda dari Ao Nang Walking Street, boleh ambil pakej ke Emerald pool Krabi dari hotel anda menginap dengan menaiki van thailand. 3) Sewa motor 250 baht/day dari Ao Nang Walking Street ke emerald pool, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit (70 km). Jika anda nak Abang Travel aturkan percutian anda, boleh tekan link di bawah Krabi from border : https://www.abangtravel.com/krabi3d2n.html Krabi from Airport Krabi : https://www.abangtravel.com/krabi-from-airport.html
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorNama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015 Archives
April 2024
Categories |