Krabi terkenal dengan keindahan alamnya yang cantik , pulau-pulau yang mempunyai pasir putih yang bersih dan banyak tempat best yang menarik banyak pelancong luar untuk datang ke Krabi,Thailand. Krabi package 2024 by Abang Travel menyediakan pakej bermula dari border Malaysia, Hatyai town dan Airport Krabi. Krabi package Malaysia ini menggunakan van thailand sebagai pengangkutan untuk bergerak sepanjang anda di Thailand.Selain krabi thailand tour package by van, Abang Travel juga ada menyediakan pakej krabi free and easy package. Banyak krabi holiday package yang disediakan oleh kebanyakan agensi pelancongan. Antaranya adalah krabi day tour package atau lebih dikenali krabi one day trip. Jalan-jalan krabi selama satu hari, pickup dari hotel Ao Nang dan hantar ke hotel semula pada waktu malam. 6 Tempat Menarik Yang Termasuk dalam Krabi Day Tour Package 1) Fossil Shell Beach Susaan Hoi adalah nama Thailand bagi Fossil Shell Beach terletak di Ban Laem Pho Krabi,Thailand. Fossil disini berusia 40 juta tahun dahulu yang asalnya adalah paya air tawar yang besar. Akhirnya menjadi daratan disebabkan lapisan shell yang banyak membentuk batu kapur shelly. Faktor geografi menyebabkan batu kapur ini bergelombang menjadikannya bentuk kepingan batu kapur yang pecah disini. Bagi yang minat sejarah batu kapur , boleh berkunjung ke sini. Tiket masuk ke Fossil Shell Beach ini adalah 200 baht seorang bagi dewasa dan 100 baht seorang bagi kanak-kanak. 2) Krabi Elephant Riding Camp Thailand terkenal dengan negara gajah putih dan merupakan haiwan nasional di Thailand. Gajah dalam bahasa thailand ialah Chang dan ianya adalah simbol negara Thailand. Friendly Giants Krabi Elephant Riding Camp ini terletak di Nong Thale, Krabi Thailand. Tempat ini selalu menjadi salah satu krabi activities packages dan wajib ada dalam itinerary jika bercuti ke Krabi. Antara aktiviti yang terdapat disini ialah elephant riding , bird feeding, fish feeding and last one play with baby elephant. Elephant trekking krabi price bermula dari 800 baht ke atas mengikut aktiviti yang anda pilih. 3) Emerald Pool , Krabi. Emerald pool atau dikenali sebagai Sa Morakot adalah kolam air semulajadi turquoise blue yang terjadi hasil daripada aliran air dari atas bukit dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Jarak emerald pool dari Aonang, Krabi adalah dalam 70 kilometer lebih kurang 1 jam 15 minit jika anda menaiki van. Bayaran masuk ke Emerald Pool adalah 400 baht bagi pelancong luar Thailand. Dari pintu hadapan ini anda perlu jalan kaki masuk dalam 1 kilometer untuk sampai ke emerald pool. Jika anda seorang yang pecinta alam semula jadi, pakej ke emerald pool krabi ini amat sesuai untuk anda. 4) Hotspring , Krabi Hot spring Krabi atau Krabi Hot Stream (Namtok Ron) adalah salah satu destinasi famous yang terletak 10 kilometer dari Emerald Pool dalam 15 minit drive. Namtok dalam bahasa Thailand bermaksud air terjun (waterfall) dan Ron ialah panas (hot) dan terjadilah air terjun panas. Tiket masuk ke Hot spring ini adalah 200 baht bagi pelancong luar Thailand. Parking scooter atau kereta adalah 10-15 baht . Setelah itu, anda perlu jalan kaki sejauh 500 meter dari pintu masuk atau ada juga disediakan shuttle services 30 baht/way untuk sampai ke hot spring waterfall ini. Bagi pecinta alam, anda wajib mengambil pakej hot spring tour krabi ini. 5) Khaothong Hill Setelah siap mandi manda semua kita akan bawa ke Khaottong Hill untuk tengok sunset disini. Minum kopi sambil layan sunset memang pengalaman yang best betul. Dari bawah untuk naik ke atas bukit ini, anda perlu naik tuktuk yang disediakan. Entrances fee 60 baht sahaja untuk naik keatas. 7) Ao Nang Landmark Night Market Destinasi terakhir sebelum balik ke hotel adalah Ao Nang Landmark Night Market. Night market ini buka setiap hari dan hanya berjalan kaki jika anda dari Ao Nang Walking Street. Di sini anda boleh shopping baju, cenderahati dan yang best sekali banyak makanan dan minuman dijual disini. Tuktuk juga senang untuk anda dapat disini.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorNama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015 Archives
April 2024
Categories |