Abang travel
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan

Abang Travel Blog's

Picture
Picture
Picture

hot spring krabi tour

3/28/2024

0 Comments

 
Hot spring Krabi atau Krabi Hot Stream (Namtok Ron) adalah salah satu destinasi famous yang terletak 10 kilometer dari Emerald Pool dalam 15 minit drive. Namtok dalam bahasa Thailand bermaksud air terjun (waterfall) dan Ron ialah panas (hot) dan terjadilah air terjun panas. 

Tiket masuk ke Hot spring  ini adalah 200 baht bagi pelancong luar Thailand. Parking scooter atau kereta adalah 10-15 baht . Setelah itu, anda perlu jalan kaki sejauh 500 meter dari pintu masuk atau ada juga disediakan shuttle services 30 baht/way untuk sampai ke hot spring waterfall ini. Bagi pecinta alam, anda wajib mengambil pakej hot spring tour krabi ini.
Hot spring ini adalah salah satu air terjun atau kolam mandi panas semulajadi yang terletak di tengah hutan tropika. Air panas ini terhasil daripada gunung berapi yang panas jauh di bawah tanah. Suhu air ini boleh mencecah sehingga 35 - 40 darjah celcius. Air ini mengandungi mineral yang bagus untuk kulit dan jika anda mandi air panas di tengah hutan hujan tropika, ini adalah pengalaman yang bagus untuk anda cuba jika berkunjung ke Krabi. 
Keluasan air terjun disini lebih kurang 10 meter lebar, tidak terlalu besar. Jika terlalu ramai pelancong disini anda akan merasa sedikit “crowded” dan perlu menunggu giliran untuk mandi disini. Selepas mandi manda disini, anda boleh jalan kaki ke spa disini untuk thai traditional massage. Destinasi ini amat lah sesuai untuk family dan kawan - kawan untuk mengisi masa anda ketika bercuti di Krabi. 

​Bagaimana untuk pergi ke Krabi Hot Spring ini?


Jika anda drive dari Krabi Town atau Ao nang, anda akan melepasi Hot Spring ini semasa dalam perjalanan ke Emerald Pool dan Blue Pool. Jarak antara dua tempat ini hanya 10 kilometers sahaja. Anda juga boleh tambah satu lagi tempat ke Tiger Cave Temple selepas selesai kedua-dua tempat ini. Abang Travel ada juga menyediakan pakej ke sini, boleh tekan link ini : https://www.abangtravel.com/krabi-from-airport.html 

CHAT ADMIN DISINI
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Nama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015

    Archives

    May 2024
    April 2024
    March 2024
    May 2023
    July 2022
    June 2022

    Categories

    All

    RSS Feed

Picture
Picture
  • HOME
  • package
  • BLOG
  • FREE Quotation
  • Pertanyaan