Adakah Pulau Hong layak untuk dilawati? Hong island adalah salah satu pulau yang paling cantik untuk dilawati di Krabi. Hong island juga dikenali sebagai Koh Hong atau Pulau Hong. Dengan tebing-tebing karst yang menakjubkan, pasir putih yang lembut, air yang jernih bening, pemandangan 360 darjah, dan kolam zamrud, Hong island adalah salah satu destinasi yang wajib anda dikunjungi apabila diberi peluang island hopping di Krabi. Untuk pengetahuan anda Hong island mempunyai beberapa buah pulau untuk tour semasa melakukan island hopping seperti:
Hong Island Tour selalu akan menggunakan Long Tail Boat sebagai pengangkutan untuk tour island di sana. Long Tail Boat lebih santai dan tenang untuk anda menikmati pemandangan kiri dan kanan pulau Hong berbanding Speedboat. Harga dan size untuk kedua-dua jenis boat ini berbeza mengikut bilangan pax per boat (jika anda request private boat) . Perjalanan ke Hong Island mengambil masa 20-30 minit atau lebih bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak semasa island hopping. Exploring Krabi Hong Island Tour Pakej Hong Island by Abang Travel menawarkan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik dari Hotel (area Aonang), 1 x packed lunch, alatan snorkelling, dan lawatan ke Lading island dan Pak Bia island juga termasuk dalam pakej. Pakej tidak termasuk national park (cukai pulau) 300 baht , boleh bayar sendiri sebelum naik boat nanti. Seawal jam 7.30 pagi, anda boleh sarapan pagi di sekitar hotel Aonang, dan kemudian akan berkumpul di Jeti ikan todak pada jam 8:30 pagi waktu Thailand. Jika anda tidak mengambil pakej transport dan hotel dengan Abang Travel, pihak island hopping akan pickup anda di hotel menggunakan tuktuk. Pastikan pihak boat yang anda naik itu ada insurans yang cover jika ada kemalangan atau perkara yang tidak baik berlaku. Setelah boat pun berjalan lebih kurang 30 minit, boat akan berhenti di checkpoint yang pertama iaitu LaoLading Island. LaoLading Island Ia adalah pantai utama yang sangat kecil. Disini tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana island yang agak kecil. Tetapi anda boleh berkelah disini sambil menikmati keindahan alam. Di sini terdapat kemudahan tandas tempatan yang dibina khusus untuk keselesaan para pelancong. Next, anda akan ke checkpoint kedua iaitu Pakbia island. Ia juga merupakan sebuah island kecil yang menawarkan pelbagai lokasi cun untuk "ootd" atau bergambar berlatar-belakangkan pulau di Krabi. Pemandangan yang indah dan cantik membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke pulau ini akan jatuh hati. Pakbia Island Untuk pengetahuan anda di Krabi anda wajib membayar national park (cukai pulau) yang dikenakan kepada setiap individu yang menjalankan aktiviti melawat pulau. Bayaran yang dikenakan kepada setiap foreigner untuk Hong Island adalah seperti dalam gambar di bawah iaitu dewasa 300 baht/seorang dan kanak-kanak 100 baht.seorang. Jika anda mengambil pakej bersama Abang Travel bayaran national park boleh request dimasukkan sekali dalam pakej semasa tempahan untuk memudahkan trip anda. National Park Hong Island Checkpoint ketiga adalah aktiviti snorkeling. Semasa aktiviti tersebut anda berpeluang untuk memberi makan kepada ikan. Peralatan snorkelling juga disediakan seperti set google dan life jacket. Hong Island Checkpoint seterusnya adalah Hong island. Di mana anda akan merasai pengalaman hiking ke Hong Island Viewpoint dengan menaiki anak tangga sebanyak 800. Pendakian ke Hong Island View Point mengambil masa selama 1 jam lebih untuk naik dan turun. Anda akan dapat menikmati pemandangan Pulau Hong yang sangat cantik dikiri dan kanan anda semasa mendaki puncak Hong ini. Setelah hampir satu jam mendaki, anda akan sampai ke Hong Island View Point 360 degree. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sekurang-kurangnya satu kali seumur hidup anda patut mencuba aktiviti hiking di Hong Island ini.
Lokasi terakhir sebelum bergerak pulang, adalah Hong Lagoon. Hong Lagoon adalah tempat yang wajib anda pergi jika anda mengambil pakej Hong Island Tour Krabi. Hong Lagoon juga dikenali dengan blue lagoon, airnya yang jernih dan pemandangan yang cantik untuk anda bergambar tanda kenangan hadir disini. Sebuah gua yang hanya boleh dimasuki apabila air laut mencapai paras tertentu. Inilah yang menjadi inspirasi bagi nama pulau ini, kerana "Hong" dalam bahasa Thai bermaksud 'bilik' atau 'gua'. Bot kecil sahaja yang boleh masuk ke dalam lagun tersembunyi ini melalui celah sempit di tebing batu karang. Tempat ini adalah lokasi yang sempurna untuk bergambar dan merupakan satu pengalaman yang wajib anda abadikan sekali seumur hidup. Anda pasti akan terpukau dengan laluan ini yang dikelilingi oleh batu-batu di kedua-dua belah. Best time to visit Hong island Masa terbaik untuk melawat Pulau Hong adalah dari November hingga Mac kerana anda akan menikmati cuaca yang hampir sempurna. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat lebih ramai pelancong pada masa ini. Jika anda tidak kisah dengan hujan sesekali (nasib baik, hujan tersebut tidak berpanjangan), anda boleh melawat pada bulan-bulan bahu seperti April/Mei atau September/Oktober. Teringin untuk pergi ke Hong Island Krabi? Abang Travel ada juga menyediakan pakej ke sini, boleh tekan link ini :
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorNama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015 Archives
April 2024
Categories |