Setiap kali cuti sekolah , cuti hujung minggu atau cuti am mesti pening nak fikir nak bawa family bercuti ke mana. Teringin juga nak bercuti ke Luar Negara, tapi nak yang dekat sahaja dan yang pasti bajet tidak terlalu mahal. Antara tempat yang dekat dan murah adalah ke Hatyai. Hatyai adalah syurga makanan bagi yang suka jalan-jalan cari makan dan juga tempat untuk yang kaki shopping . Harga makanan di sana murah dan yang penting sedap. 4 Cara Bercuti Ke Hatyai, Thailand dari Kuala Lumpur , Malaysia. Menaiki Kapal Terbang Cara paling cepat untuk sampai ke Hatyai adalah dengan menaiki Kapal terbang ke Hatyai. Anda boleh check perbezaan harga tiket flight di sini https://www.expedia.com.my/ . Selalunya tiket flight akan mahal apabila tiba hujung minggu atau pada hari cuti sekolah @ cuti umum . Jadi jika anda nak travel dengan harga bajet, boleh pergi pada hari bekerja biasa atau hujung minggu yang bukan cuti umum. Anda juga boleh terus beli website air asia sahaja https://www.airasia.com/en/gb . Namun, semua timing flight direct from KL to Hatyai adalah waktu petang iaitu pukul 6.20 p.m dan akan sampai di Hatyai dalam 7.20 p.m waktu Malaysia. Waktu Hatyai beza 1 jam dari waktu Malaysia jadi timing dia akan jadi begini (18.20-18.20) . Bagi hari pertama, disebabkan anda sudah tiba di Hatyai lewat petang, anda boleh ambil taxi/grab from airport to Hotel Hatyai. Harga taxi atau grab ni berbeza beza dalam 700-1200 baht per car. Wajib book hotel area Hatyai town atau area Lee Garden Walking Street. Elakkan booking hotel di Songkhla, jauh dari pusat bandar Hatyai . Aktiviti waktu malam boleh ke Night Market dengan jalan kaki atau ambil tuktuk dari Hotel (150 - 200 THB) per tuktuk , kalau ramai boleh share. Seterusnya, bagi aktiviti hari kedua dan keatas, anda boleh sewa tuk tuk atau sewa van thailand untuk jalan jalan Hatyai . Kelemahan tuk tuk ni, kalau di siang hari akan panas sikit berbanding van thailand lebih selesa dengan aircond dan terlindung dari hujan. Cuaca di Hatyai seperti Malaysia, hujan dan panas tidak menentu. Jika anda nak sewa van thailand, boleh klik link ni https://www.abangtravel.com/sewa-van-ke-hatyai.html Menaiki Train ETS Cara yang kedua lebih selesa adalah dengan menaiki train ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Anda boleh download apps KTMB Mobile atau beli disini https://online.ktmb.com.my/. Setelah tiba di KTM Padang Besar, ada dua cara hendak ke Imigresen Malaysia Padang Besar iaitu menaiki grab atau teksi (RM 10-15 per car ) dan jalan kaki melalui jejantas. Video Jejantas : https://youtu.be/-nPXfjYbgg0 Turun saja dari jejantas ni, sebelah kiri anda adalah Imigresen Malaysia Padang Besar dan terus masuk cop passport Malaysia. Seeloknya, anda book awal van thailand atau ambil pakej sekali tour untuk pickup dari sini ke Hatyai dan termasuk tour. Terdapat juga van thailand yang tunggu selepas cop passport Malaysia untuk hantar sahaja ke Hatyai serendah RM35/pax. Namun, van tersebut akan campur dengan group lain dan tunggu sehingga van penuh. Jika anda nak private trip ke Hatyai dan nak custom itinerary sendiri bersama Abang Travel, boleh tekan link ini https://www.abangtravel.com/hatyai.html . Van Thailand Abang Travel akan pickup dan hantar ke border semula mengikut timing tiket train anda. Menaiki Bas Cara yang paling jimat dan selalu orang guna untuk ke Hatyai dari KL adalah dengan menaiki bas dari KL ke Hatyai. Jika anda ingin menempah tiket secara online di atas talian, ada beberapa laman web yang anda boleh layari : Kebanyakan Bas akan bawa anda ke Hatyai terus dari Kuala Lumpur. Pastikan passport anda belum tamat tempoh atau sah 6 bulan sebelum tarikh tamat ketika anda hendak ke Hatyai. Bas akan masuk melalui border Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Ketika di Border anda perlu turun dari bas dan beratur untuk cop passport Malaysia ketika pergi dan balik dari Hatyai . Bas akan bertolak dari KL pada waktu malam dan akan tiba di Hatyai pada waktu pagi. Dari station bas Hatyai, anda boleh ambil grab atau tuktuk untuk ke Hotel Hatyai. Kalau anda tidak mahu pening kepala, boleh mengambil pakej van thailand bersama Abang Travel untuk tour Hatyai dan Songkhla. Van akan pickup anda di Station Bas Hatyai untuk Jalan Jalan Hatyai. Link pakej : https://www.abangtravel.com/hatyai.html Menaiki Kereta ( Drive sendiri )Jika anda hendak masuk ke Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri, ada beberapa perkara penting yang anda perlu sediakan untuk ke Hatyai.
1) Insurans Kenderaan ke Thailand : Pastikan anda membeli insurans yang full coverage jika hendak membawa kereta sendiri ke sana. Jika kenderaan anda terlanggar kenderaan Thailand, ada coverage dari Insurans. Insurans ni sedikit mahal berbanding Insurans biasa yang selalu orang ambil untuk ke Thailand. Boleh beli insurans disini : https://insuranthai.com/ 2) Dokumen yang diperlukan untuk membawa kenderaan sendiri ke Thailand :
3) Peraturan ke Thailand yang wajib anda tahu sebelum masuk ke Thailand Link disini : https://www.abangtravel.com/blog/perkara-wajib-ketika-memasuki-border-di-thailand
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorNama Sebenar Abang Travel Mohdfitri Bin Azmi Pengalaman Dalam Bidang Pelancongan Since 2015 Archives
May 2024
Categories |