harga
- 2pax = RM 3330/pax
- 3pax = RM 2900/pax
- 4pax = RM 2600/pax
- 5pax = RM 2400/pax
- 6pax = RM 2250/pax
- 7pax = RM 2150/pax
- 9pax = RM 2100/pax
- 10pax = RM 2090/pax
- 11pax = RM 2080/pax
- 12pax = RM 2070/pax
- 16pax = RM 2000/pax
- 17pax = RM 1980/pax
- 18pax = RM 1950/pax
- 19pax = RM 1920/pax
Detail
INCLUDED
- Tour guide bercakap english atau melayu
- Hotel 3*
- Cruise 4-5*
- Makanan halal seperti yang dinyatakan
- Transport
- Tiket masuk lawatan
- Air mineral (1botol/orang/hari)
- Awal check-in dan lewat check-out
- VISA (kalau perlu)
- Tiket penerbangan
- Perbelanjaan sendiri
- Optional tour ke puncak Fansipan
- Tipping untuk tour guide dan driver 3USD (hari/orang)(wajib)
- Travel insurans
- Caj lebihan untuk cuti umum
Jadual Perjalanan
HARI PERTAMA: KETIBAAN DI HANOI-SAPA (L, D)
- Sampai di Airport Noi Bai dan berjumpa dengan tour guide – terus transfer ke Sapa
- Makan tengahari di restoran halal
- Perjalanan dimulai dengan lawatan ke Silver Waterfall, dimana kita boleh menikmati pemandangn kawasan pergunungan dan kehijauan hutan milik Taman Negara Hoang Lien. Sepanjang perjalanan kita dapat menerokai kawasan penanaman sayur, buah dan juga bunga yang diusahakan oleh penduduk tempatan
- Seterusnya kita bergerak ke Heaven Great Laluan tertinggi di Vietnam. Dengan ketinggian 2000m diatas paras laut, kita dapat menikmati pemandangn yang pergunungan yang menakjubkan dan lembah-lembah yang meghala terus ke wilayah Lai Chau
- kita berakhir trip kita dengan menaiki kenderaan pulang ke Sapa. Check in hotel dan rehat.
- Makan di restoran halal.
- Bermalam di Sapa.
HARI KEDUA: SAPA (B, L, D)
Naik cable car ke puncak FANSIPAN
- Tour guide akan menjemput anda di hotel.
- Kita akan trekking ke kampung Cat Cat- Kampung Black H’mong dan air terjun. Di sana, kita akan berpeluang melihat stesen janakuasa hidroelektrik yang dibina oleh Perancis, kita dapat mempelajari tentang gaya hidup, adat resam dan budaya masyarakat Black H’mong.
Naik cable car ke puncak FANSIPAN
- Dari Sapa, kita akan naik Muong Hoa train express ke stesen cable car, perjalanan dalam 6 minit, kemudian kita naik cable car lebih kurang 25 minit ke stesen berikutnya dengan ketinggian 3,000m ASL. Sambil kita menikmati pemandangan Lembah Sin Chai, puncak Fansipan dan Taman Negara Hoang Lien dari dalam kabin.
- Dari stesen, kita akan mengikuti anak tangga batuan ke puncak dalam 40 minit. Tiba di puncak 3,143m Fansipan kita raikan kemenangan ini, duduk di atas puncak tertinggi dengan pemandangan landskap gunung yang menakjubkan.
HARI KETIGA: SAPA-HANOI (B, L, D)
- Breakfast di hotel
- Transfer semula ke Hanoi.
- Tiba di Hanoi- kita lunch di restoran halal
- Kita melawat dan solat di masjid Al-Noor. Yang terletak di jalan Hang Luoc, satu-satunya masjid di ibu kota. Ia dibina pada tahun 1890 dan dibina semula pada 1950 dengan keluasan 700sq.m. Masjid ini ditambahbaik lagi pada tahun 1980
- Melawat Kompleks Ho Chi Minh dengan melihat rumah Ho Chi Minh, Ba Dinh Square
- Menaiki kereta elektrik pusing di sekitar kawasan kediaman penduduk setempat
- Check in hotel dan rehat
- Bawak makan malam di restoran halal
- Bermalam di Hanoi
HARI KEEMPAT: HANOI – HA LONG – LAN HA BAY (B, L, D)
- Kita bergerak naik bas, ada rehat dalam pertengahan jalan
- Sampai di marina Tuan Chau, terus ke La Pandora cruise
- Selamat menaiki cruise, terdapat minuman yang disediakan untuk kita. Bertemu dan berkenalan dengan kapten- krew memberi taklimat tentang langkah keselamatan sepanjang berada di atas cruise
- Makan tengahari dengan hidangan makanan laut segar yang istimewa bertemakan masakan vietnam sambil belayar melalui Islets Of Con Vit
- Cruise kita akan berlayar menerusi Lan Ha Bay. Kawasan ini dikelilingi dengan karst batu kapur yang luarbiasa. Seterusnya ke kawasan Ong Cam di Lan Ha Bay- bahagian yang terpisah dari Ha Long Bay. Selain itu, pelancong boleh berkayak atau berenang di perairan yang jernih dan cantik ini
- Kembali ke La Pandora Cruise, sauh akan diturunkan. Kita akan diberi demo dan diajar membuat makanan kepakaran vietnam, iaitu spring roll. Dan bersantai di beranda cruise sambil menikmati buah-buahan segar
- Makan malam disediakan dalam restoran. Setelah makan, berehat di kabin atau kita boleh mencuba aktiviti memancing, dan terdapat wifi untuk kita melayari internet.
- Bermalam di atas cruise
HARI KELIMA: LAN HA BAY – HANOI (B, L, D)
- Melihat matahari terbit. Terdapat sesi latihan Tai Chi di beranda cruise
- Sarapan ringan, kopi dan teh
- Mendayung bot ke gua Gelap Dan Terang serta pulau kecil disekitarnya. Ia merupakan kawasan Warisan Dunia.
- Pulang ke La Pandora Cruise, berehat sebelum check out.
- Makan tengahari di cruise.
- ke Tuan Chau marina. Kita menaiki bas pulang semula ke Hanoi
- Sampai ke hotel- check in
- Makan malam dan bermalam di Hanoi
HARI KEENAM: HANOI – KUALA LUMPUR (B)
- Breakfast dan free and easy- berjalan atau shopping di sekitar
- Kami hantar ke Noi Bai International Airport
- Selamat terbang ke Kuala Lumpur.