Pakej Medan Lake Toba 3D2N | Percutian Indonesia
Pakej Medan Lake Toba 3D2N
3D2N · Pakej Private · Dari Airport
Harga dan ketersediaan tertakluk kepada tarikh serta pilihan pakej.
Nikmati percutian **3 hari 2 malam di Medan dan Lake Toba** dengan pelbagai pengalaman menarik seperti sightseeing, food hunting, shopping, menikmati keindahan alam semula jadi serta menerokai budaya masyarakat tempatan mengikut itinerary pakej.
**Lake Toba atau Danau Toba** merupakan antara tarikan pelancongan terkenal di Indonesia yang menawarkan pemandangan tasik yang luas, kawasan tanah tinggi yang nyaman serta suasana alam semula jadi yang menenangkan. Destinasi ini menjadi pilihan ramai pelancong yang mahu menikmati percutian jauh daripada kesibukan bandar.
Antara lokasi popular di sekitar Lake Toba termasuk **Parapat dan Pulau Samosir**, yang terkenal dengan pemandangan tasik, budaya masyarakat Batak serta pelbagai lokasi menarik untuk bergambar. Lawatan ke kawasan ini adalah tertakluk kepada itinerary pakej yang dipilih.
Di **Medan**, anda pula boleh menikmati suasana bandar, shopping, food hunting serta menerokai tempat-tempat menarik. Medan juga terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tempatan dan kawasan membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia.
Dengan tempoh **3D2N**, pakej ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati percutian singkat ke Indonesia tanpa perlu mengambil cuti terlalu panjang. Walaupun tempoh perjalanan lebih pendek, anda masih berpeluang menikmati gabungan suasana bandar Medan dan keindahan Danau Toba.
Pakej disusun dengan kemudahan seperti **hotel, pengangkutan dan perjalanan tour** mengikut senarai yang termasuk dalam pakej, menjadikan urusan percutian lebih mudah tanpa perlu merancang semuanya secara berasingan.
**Pakej Medan Lake Toba 3D2N** sesuai untuk **couple, keluarga dan group kawan-kawan** yang mahu menikmati gabungan alam semula jadi, budaya, shopping dan makanan tempatan dalam satu perjalanan.
**Nak bercuti ke Medan dan menikmati keindahan Danau Toba? Jom terokai Sumatera Utara bersama Pakej Medan Lake Toba 3D2N daripada Abang Travel & Tour Sdn Bhd.**
Pakej Termasuk
- ✓ Feri ke Danau Toba
- ✓ Hotel selama 2 malam
- ✓ 2x Sarapan pagi di Hotel, 2x makan tengahari & 2x makan malam
- ✓ Pengangkutan sepanjang lawatan
- ✓ Pemandu
- ✓ Petrol & bayaran letak kenderaan
- ✓ Tiket lawatan
Pakej Tak Termasuk
- ✕ Tiket penerbangan pergi & balik
- ✕ Bagasi pergi balik, tempat duduk berbayar & makan atas pesawat
- ✕ Insuran
Harga Pakej Medan Lake Toba 3D2N
Pilih harga mengikut bilangan peserta, jenis kenderaan atau pilihan pakej.
Itinerary Pakej Medan Lake Toba 3D2N
Day 1 — Tiba di Airport Medan Kuala Namo lalu terus pergi ke Lake Toba
-Berhenti untuk makan tengahari (1st Lunch)
-Menaiki feri menyeberang ke Pulau Samosir. Di Pulau Samosir, kita akan singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba, shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
-Chek in Hotel Danau Toba International Cottage (Parapat).
-Bermain-main di tepi tasik,memancing, Jet ski, Banana boat dan menikmati keindahan Lake Toba di waktu senja.
Makan malam (1st Dinner)
-Pulang ke hotel untuk berehat, tour hari pertama berakhir.
Day 2 — Sarapan Pagi di Hotel .
- Dalam perjalanan berhenti di Simarjarunjung (Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk) untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini. Sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi sebutan ramai.
- Dalam perjalanan juga kita akan singgah untuk melawat Air Terjun Si Piso-Piso. Lake Toba masih kelihatan dari sini dan permandangannya amat cantik.
- Pejalan diteruskan dan berhenti di Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
- Singgah untuk makan tengahari (2nd Lunch).
- Tiba di Berastagi terus ke Pasar Buah Segar. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta melihat kereta kuda.
- Terus ke Bandar Medan
- Shopping di Gudang Kain Batik dan Telekung
- Check in Madani
- Makan malam (2nd Dinner)
- Balik ke hotel dan berehat, tour hari kedua berakhir.
Day 3 — Sarapan Pagi di hotel
- Pergi melawat Masjid Raya
- Shopping di Pajak Ikan.
- Transfer ke Kuala Namo International Airport, tour hari ketiga berakhir
- Insyaallah semua happy dan semoga berjumpa lagi..
- Perjalanan selesai.
- Insyaallah semua happy dan semoga berjumpa lagi.
Video Penerangan
Cara Booking
- Hubungi admin melalui WhatsApp
- Beritahu tarikh perjalanan
- Beritahu jumlah pax
- Admin semak kekosongan
- Bayar deposit untuk confirm booking
Soalan Lazim
Boleh pilih tarikh sendiri?
Untuk private trip, tarikh boleh pilih mengikut kekosongan.
Nak Book Pakej Medan Lake Toba 3D2N?
Semak tarikh dan kekosongan dengan team Abang Travel.
WHATSAPP SEKARANG
